Bismillahirrahmanirrahim...
Untuk apa perlu risaukan jika segalanya sudah diserahkan kepada Tuhan…
Untuk apa perlu fikirkan,jika itulah yang ditakdirkan…
Meskipun kamu lemah..
Namun kamu tidak boleh merungut apa yang sudah Allah tetapkan…
kamu harus Redha..
Jika kamu percaya pada Allah..
Jika kamu Redha pada Allah..
kamu kena kuat...
Ujian itu adalah kekuatan…
Untuk kamu terus tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan ini..
kamu harus teruskan langkah ini..
Walaupun kadang kamu tetap terjatuh,kamu harus bangun semula!!!
Ya!!kamu tidak boleh berputus asa..
Dia sedang melihat kamu..
Dia akan bantu kamu..
Apa yang kamu lakukan,Dia setiasa perhatikan..
Apa juga yang terjadi pada kamu,Dia sentiasa lihat..
kamu kena selalu yakin bahawa Dia sentiasa ada untuk kamu..
Kerana Sesungguhnya..Dialah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Jika kesedihan yang Dia beri,jangan sesekali merungut..sebaliknya..mengadulah padaNya..
Dia Maha Mendengar..Dia sentiasa mendengar kata-kata dan luahan hati kamu..
Jangan pernah rasa hidup kamu sendirian…
Biarlah orang mencemuhmu,janji Dia ada untuk membantumu jika kamu berada dalam kebenaran…
Jangan kamu bohongi orang lain jika kamu ingin dapatkan kemenangan..
Dia tidak suka begitu..
Jangan kamu langgar peraturanNya..sebaliknya,kamu WAJIB patuhi segala suruhanNya..
Tidakkah kamu rasa malu..setelah nikmat,pinjaman,kehidupan dan segalanya ini adalah dariNya jika kamu seorang yang tidak bersyukur??
Dia Maha Adil..jika orang lain peroleh kebahagiaan,jangan kamu cemburu..
Kerana mungkin kamu juga akan perolehinya..
Cuma Dia saja yang tentukan bila masanya…
Jika orang lain menerima pujian,jangan kamu mengata..
Sebaliknya kamu bersyukur..kerana Dia mungkin bagi kamu kesedaran supaya kamu juga menjadi seperti orang tadi yang sering mendapat pujian..
Jika orang lain baik,pasti kamu juga boleh jadi baik..Cuma tidak tahu bila masanya..
Petunjuk yang Dia turunkan pada hambaNya yang dipilih amatlah berharga..
Rugilah bagi sesiapa yang tidak menghargainya…
Sentiasalah sedar siapa diri kamu di muka bumi ini..
Kamu hanya hambaNya yang hina lagi kerdil di sisi Nya..
Kamu juga mungkin banyak kekurangan berbanding orang-orang yang ada di sekeliling kamu..
Jangan kamu terlepas kata..
Terlajak perahu boleh diundur..tetapi terlajak kata..kamu yang binasa..
Jaga percakapanmu..jangan keluarkan perkataan yang Allah tidak suka..
Jadilah diri kamu sendiri..
Jangan kamu ambil kesempatan…
Jangan kamu RIAK..
Jangan kamu BANGGA..
Jangan kamu SOMBONG..
Jangan kamu BERLAGAK..
Kamu patut sedar siapa kamu..setiap kesalahan yang kamu lakukan,pasti ada yang tidak kena..
Jangan salahkan orang lain andai hati kamu terluka..kerana mungkin kesakitan itu berpunca daripada diri kamu sendiri…selebihnya hanya padaNya jawapan yang pasti ada.. Cintai Dia,dan perbetulkan diri kamu.. :)
Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment