Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah.. ku panjatkan berkali-kali kesyukuranku ini padaMu Ya Allah..
Genap 20 tahun hari ini ku hidup di bumi ciptaan Allah ini..
Bersyukur kerana satu rahmat besar diizinNya turun padaku..
Iaitu dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam..Alhamdulillah Ya Rabb..
Islam adalah agama yang sebenar-benarnya…
‘Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH ialah Islam..
(Surah Ali Imran ayat 19)
Walaupun imanku ini senipis kulit bawang,namun ianya perlu digilap dan dijaga..
Biar bergemerlapan di dalam diri…
Tidak akan ku biarkan ianya pudar hingga lama-kelamaan menjadi kelabu dan gelap..
Yang boleh mengakibatkan hati menjadi kering dan mati..
Ya Ilahi…terima kasih atas petunjuk dan hidayahMu..
Yang Engkau turunkan buatku..juga buat hamba-hambaMu yang beriman..
Sesungguhnya tidak ternilai hidayah itu melainkan ianya datang daripadaMu..
Dilahirkan sebagai seorang wanita menjadikan ku lebih bangga menjadi hambaMu..
Sebagai seorang wanita ,darjat itu diangkat tinggi oleh islam..
Meskipun di beberapa sudut di dunia,perempuan hanyalah seperti barang dagangan..
Perempuan hanyalah tempat memuaskan nafsu..
Perempuan tidak lebih sekadar orang suruhan..
Itulah diantara tanda kebencian kaum lelaki terhadap kaum wanita yang dianggap lemah
dan langsung tidak berhak mendapat tempat yang istimewa..
wanita golongan yang lemah kerana asalnya dicipta daripada tulang rusuk lelaki..
wanita memerlukan lelaki untuk dilindungi dan disayangi..
wanita itu lemah hingga memerlukan lelaki untuk memuliakannya kerana seorang ibu itu adalah seorang wanita..
seorang ibu wajib dimuliakan..
tanpa ibu,siapa yang hendak melahirkan zuriat dari keturunan lelaki??
Subhanallah..begitu besar ciptaan Allah..
Kau ciptakan kami kaum hawa begitu indah sekali..
Ya Rabb…terima kasih atas kurniaanMu ini..
Semoga di hari lahirku ini,menjadikan ku lebih dewasa..
Dalam menjalani kehidupan yang lebih sejahtera..
Semoga doa-doaku termakbul olehMu..
Semoga ku dapat membantu dan membahagiakan kedua ibu bapaku..
Sementara nafasku masih ada..
Semoga ku lebih kuat dalam mengharungi ujian dan dugaanMu..
Dan semoga impianku tercapai dalam menantikan saat kebahagiaan itu dariMu…

No comments:
Post a Comment