Sunday, 22 December 2013

Apakah sempat aku??



 "Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Air mata deras mengalir tatkala hati berbicara..
Berbicara mengenangkan dosa yang amat berat untuk dipikul..
Masihkah ada ruang untuk meraih Cinta dan sayang yang teramatnya pada Pencipta..
Hati tidak pernah berputus asa walaupun dihimpit dengan pelbagai dugaan..
Hati tidak pernah merasa lelah untuk bangkit dalam ujian..
Andainya suatu saat nanti tibanya ujian yang lebih berat..
Daripada apa yang dihadapi kini..
Hamba harus Redha..
Dan menerimanya dengan penuh rasa syukur..
Kerana dari situ lah hamba menyedari bahawa..
Allah itu amat hampir...
Menyedari bahawa Allah itu amat mengasihi hamba..
AllahuRabbi..
Hamba benar-benar memohon kekuatan dan ketabahan..
Dalam pada hamba melayari hidup yang penuh dengan kejutan dan hikmah..
Hikmah yang Kau hadirkan di sebalik ujian..
AllahuRabbi..
Ampuni diri hamba yang hina ini..
Yang teramat hina di sisiMu..
Izinkan hamba Ya Allah..
Untuk terus bangun dan berlari dalam mencapai RedhaMu..



Apakah sempat buat hamba Ya Allah..
Apakah masih hamba ini diberi peluang..
Tatkala hamba sedar..
Bahawa hidup ini hanya ada satu..
Hanya ada satu Cinta yang teramat Indah..
Cinta yang hakiki...
Cinta yang akan membawa hamba ke Jannah..
Apakah sempat buat hamba Ya Allah..
Untuk meraih cinta itu dengan penuh kusyuk dan tenang..
AllahuRabbi..
Jika tiba masanya hamba harus pergi..
Izinkan hamba untuk merasa cinta itu..
Untuk dibawa b'temu denganMu..
Hamba merinduiMu Ya Allah... (,-_-,)
Semoga Allah merahmati...

" Ketika Allah menciptakan Makhluk,Dia menetapkan atas Dirinya dengan TanganNya :
     RahmaKu melebihi MurkaKu (HR :Ibnu Majah)